Sekejap je, pejam celik baby yg lompat2 dlm perut tu rupanya dah masuk 6 bulan lebih. Alhamdulillah syukur, Tuhan beri peluang untuk rasa nikmat ada zuriat sendiri. Sekarang 'Afif dah pandai kiss (n gigit jugak!) pipi terasa sgt lah bahagianya. Rasa terharu sgt,bby kecik mcm tu pun dah kenal ibunya. Skrg ni kalau nangis ..."MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA" ...panjang bunyinya panggil Mi...... kalau ayah dukung pun, nak MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA jugak, walaupun penat badan ni tp terus jadi segar bila 'Afif senyum kalau kita amik dia bila dia panggil MAAAAAAAAAAAAAA!!!! Itulah nikmatnya..........
'Afif dah belajar nak angkat punggung tuk merangkak. Kira cepatla jugak kot. Mula tu ingatkan kot badan dia besar, lmbat la bergerak, rupanya aktif anak Mi ni. Tapi tang tumbuh gigi mesti ikut Mi dia la ni, tak de tanda nak tumbuh pun walau gusi dah keras.Mi tumbuh gigi umur setahun kekekeke........ takpe la, lmbt la rongak kot.....no gula2 tau 'Afif...
Ni dah nak bulan posa, tp puasa lum habis berganti lagi. InsyaAllh akan ku teruskan mencuba untuk menggantinya....skrg tgh mkn pil herba fenugreek yg Mama Taya beli kat internet, mcm ok, tp baru mkn 3 hari, so lum la nmpk kesan sgt.Kira ok la dari kena minum air lobak putih campur merah plus susu....eywwwwwwww.....tak sanggup....
Projek bulan posa, jual cookies raya untuk dapat kan free 5 balang hehehe ......n buat hantaran adik comel n bakal tunangnya yg nak bertunang hari ke 7 raya...... So Selamat Berpuasa kepada semua.........
Tuesday, 11 August 2009
Macam tak caya 'Afif dah 6 bulan 1 minggu...
Wednesday, 24 June 2009
Perginya seorang Lagenda.....
Dalam masa sebulan bersama2 ayah ke sana kemari, menjaga pada malam hari beramai2 namun takdirnya ayah pergi dalam diam berseorangan di dalam tidur. Ketika terjaga jam 5 pagi ayah kelihatan tenang tidur di samping Ija, tidak terdetik di hati untuk memeriksa keadaan ayah, suasana dalam bilik bergitu sepi,sunyi .....tiada apa yg berdetik.....lalu ku terlelap semula, sehingga terkejut mendengar jeritan Ija....namun apakan daya, Tuhan yang menentukan segalanya....
Perginya Ayah seperti perginya seorang Lagenda kerana banyak perkara yg telah ditinggalkan nya kepada keluarga,adik beradik, kawan2.......Legend in its own way.......tak ada pengganti......
Ayah, ana doakan ayah aman damai di "sana", tidur dgn nyenyak sehingga kita bertemu di syurga nanti, semoga Sufiy dan Qawiy dapat berjumpa dgn atoknya dan menemani atok sementara di 'sana'.Amin. Al-Fatihah.
Sunday, 7 June 2009
Selamat Hari Jadi Mama Ummi
Alhamdulillah, umur masih panjang dan terkini telah di anugerahkan anak yang comel,montel dan cerdik. Apalagi yang nak di minta? Kita ni sebagai manusia selalu meminta tetapi kita membalasnya ke tidak? Tu lah kekadang terfikir, macam2 benda kita nak tp buat ibadatnya cukup2 makan je, masyaAllah.... peringatan pada diri sendiri, umur makin meningkat bukan untuk bersuka2 sahaja yer.......
So tahun ni terpaksa celebrate dalam hutan di Ladang Nasuha Pagoh. Apa nak di buat. Mula2 ingat mmg sah la takde org kisah pasal harijadi kita sbb sumer sebok layan atok kat hosp....tp mak, ara, adik n awisy bersusah payah datang dari trganu dan membelok ke pagoh semata2 nak jumpa, so terubat la jugak. n then tetiba masa nak makan mlm ada lak yg kuarkan kek coklat....huhuhu, terharu jugak, ada org ingat...tenkiu adik ija.......walaupun kek coklat bukan kesukaan ku, tp bedal la jugak mlm tu sikit hehehe....
so mak n adik2 kongsi belikan kain sutera kat trganu, cantiknya dan mahal lak tu...kalau tau diaorg nak beli sumthing mahal, dah suruh belikan jam...... huhuhu...jam tangan takde bayangan lagi nampaknya........takpela.......berangan lagi je la........
So bila besday mak g makan kat TGI dapat la rasa celebrate besday sekali lagi. Dapat makan lamb chop yg teringat nak makan aritu,sedapnya. Pastu bila mak dapat present, kita pun dapat gak dari Acik Taya, Kokde n Azie....CD love songs........hehehe....macam tau je kita mmg suka lagu klasik macam tu......tp kita mmg tak suka beli cd, dgr kat sinar FM je......so apalagi, kereta berjalan , CD pun on la......
Masa pegi cari mak punya besday present, lalu la kat kedai jam,sempat la g jeling jap kat jam tangan kucing tu......hmmmmmmmm.......berangan lagi.........nak beli sendiri macam tak sanggup nak kuarkan duit RM350 semata nak beli jam, sebab ekonomi pun tak elok sangat.....pendam lagi..............
So mama ummi dah 35thn , 'Afif pun dah tumpang celebrate umur 4bulan....cepat masa berlalu, pejam celik nnti 'Afif dah pandai jalan kot? ke ada adik dulu?hahahahaha......
Tuesday, 26 May 2009
My Besday Wishlist
So tahun ni nak apa yer? selalunya mintak kat mak n adik beradik saje hehehe...... tahun ini saya nak berangan dapat :-
1. Jam baru - sbb satu2nya jam Guesse yg dpt present dri hubby 4 thn lepas dah hancus tak blh di baiki huhuhu...... dah 5bulan tak pakai jam,macam togel pulak tangan ni.beli jam RM10 kat tesco tp gatal2 habis tangan nih....hehehe biasala tu, mmg alergic getah. Teringat kat jam kucing warna pink kat kedai jam kat subang parade tu.Masa pegi beli jam hantaran Az, time mengandung 'Afif dulu dah belek2, hubby nak belikan tp "ish,membazir je la, jam elok lagi"....tup tup selepas beberapa minggu jam yg di pakai pun rosak, padan muka sendiri kekeke.....tp mahal harga RM350........berangan je la...
2. Spectacle baru - spec yg pakai ni dah umur 5thn, dah calar balar n senget menget.....cina kedai tu gelak kan aje, sbb asyik g kedai dia betulkan......tp biasa la, spec baru mahal kos dlm Rm300........kalau dpt sunglass pun ok gak sbb tak pernah ada sunglass,leh matching dgn kete baru kan?kan?kan?
3.seluar jeans - teringin nak merasa pakai seluor jeans branded......tak pernah beli,dok beli brand kat giant jer n sekarang dah tak muat sbb longgar......yes bukan ketat tapi longgar benor.....haritu beli sehelai kat reject shop, tp longgar jugak....ish ish ish.......mmg nak kena g beli baju n seluar baru sbb sume dah longgar....cuma tang *tut* je makin besor hahahaha......
4. nak makan fresh oyster n lamb chop n bbq prawns - hmmmmmm sdpnya teringin nak makan,masa mangandung tak teringin apa2 lak.......dah ada 'Afif lak teringin itu ini......leh pakai ke excuse ni?hehe tp takpe sbb bert makin turunnnnnnnnn ........so no hal la nak mkn apa pun.....
5.nak g jenjalan - sepatutnya celebrate besday kat Perth tp nampak gayanya mcm tak jadi jer....huhuhu........ jln2 g OU atau midvalley pun jadi la..........last pegi masa mengandung, itu pun sekali jer......... hubby ku tak suka jenjalan saje2 cuci mata.......jom la abg round2,exercise tau.......bukan nak shopping pun......
tu je la kot yg teringin tuk besday........tapi mcm biasa besday celebrate sendiri jer, lain la kalau ada kat jb,family mesti buatkan surprise besday party atau g makan2 celebrate........rindu la suasana tu......kat sini,tahun ni dpt kek pun dah Alhamdulillah.....nnti 'Afif besar boleh la belikan Mi dia besday kek........n mother's day cake........
angan2 tetap angan2........kalau ada duit lebih dpt la nnti beli sendiri semuanya,tak suka mintak2 org, sbb semua nya tu bukan keperluan tp satu impian.........
Thursday, 14 May 2009
Passport 'Afif dah siap

Passport dah siap, 'Afif nak gi maner tu? Mi n Yayah nak bawak 'Afif g jenjalan jap so Yayah boleh hilangkan tension.Sambil kena wat keje jugak.....tapi jadik ke tak jadik ni? selagi tiket kapalterbang lum ada dalam tangan, berangan je la dulu yer.... apa-apa pun standby ..... on your mark...get set...... GO!
Tuesday, 12 May 2009
Langit ku mendung Awan kelabu
Ya Allah Ya Tuhan ku,berikanlah hamba mu ini petunjuk dan hidayah untuk melalui dugaan mu ini. Berilah kami kekuatan. Berilah kami keupayaan. Semoga kami dapat melalui nya dengan penuh keimanan dan akhirnya dapat menjadi hamba mu yang di berkati dan di rahmati. Sesungguhya dunia ini hanyalah sementara. Izinkan lah kami mendapat keredhaan Mu supaya kami dapat tinggal di Syurga Firdausi bersama2 anak2 kami Sufiyyah dan Qawiyyah kelak.
Monday, 11 May 2009
Hari Ibu.........

ni 2 org budak botak - Baby Iman n Baby 'Afif yg tido tak bergerak2 sepanjang dinner hari ibu.....tengokla tahun depan sambutan hari Ibu,budak 2 org ni pasti yg paling kecoh berlari2 hehehe
Ni pulak Kakak Jeemah posing dgn kek hari Ibu - Babah beli 3 kek - Lemon Walnut, Tiramisu n choc fudge dari Secret Recipe....nyamnyam....menu utama masak sendiri Chicken Fajitas n fries - lupa pulak nak amik gambar....termasin sket ayamnya sbb kelam kabut masak dah maghrib baru mula.
So, mak dapat present Brooch butterfly warna purple. Kita pun dapat jgk present ,tp belikan tuk diri sendiri la, brooch harga RM10....jadik la tu.
Nanti bila 'Afif dah besar leh buat kan Mi, kad selamat hari Ibu besar2 yer sayang...........
Tuesday, 5 May 2009
'Afif dah 3 bulan
sekejap je dah besar 'Afif ni....dah pandai senyum, borak2 , gelak2 n marah2 jgk.....tp Alhamdulillah takde byk ragamnya.kalau nangis pun sekejap je,kasi nenen senyap la dia tu.kadang2 bila "afif tido, perati muka dia, macam tak percaya je dah ada anak sendiri.Pelbagai dugaan sepanjang 9 thn berkahwin , baru Tuhan kurniakan anugerah yg tak terhingga ni.Syukur banyak2.Ada ramai lagi org yg menunggu saat macam ni. Ada jgk org sampai meninggal pun tak dpt zuriat sendiri.
Jadilah anak yg soleh 'Afif sayang ye,taat kepada perintah Allah swt, hormat ibubapa,bijak dan senyum selalu............ Mama Ummi n Yayah sayang sgt pada 'Afif comel montel ni...muahssss
Monday, 27 April 2009
I wish....
I wish one day it would end.........
I wish one day it would be over.........
I wish one day he would understand...........
I wish one day the sky would be blue again..........
I wish..........
Tuesday, 21 April 2009
Kiko Kat yang manja

.jpg)
Kiko ni kucing yg paling cerdik pernah bela.Masa awal2 mengandung dulu, dia suka tido atas perut dan teramat manja, dia tau tuan dia tengah tak sihat, jadi mana2 kita pergi dia ikut.Tido malam pun atas katil la...hehehe...masa bwk balik 'Afif dari hospital dia tengok jer, tapi sekarang dah boleh accept ada baby kat rumah. Kiko dah pandai nak tido sebelah 'Afif pulak, tapi tak la selalu sbb 'Afif asyik tendang dia.
Monday, 20 April 2009
'Afif dah 10minggu - 2 bulan 2 minggu
Hmmm.....macam tak percaya jer bubsie yg melompat2 dan menendang2 dalam perut Mi haritu dah besar di depan mata. Berat pun dah mencecah 7.1kg....takpe doktor kata 'Afif sihat. Tembam dan comel....hehehe......dah ada baby sendiri , baby orang lain sume kurang comel dah.......
Kalau tengok 'Afif tido, tenang aje mukanya , tak ada masaalah terbayang di wajahnya, tak macam kita org dewasa ni,macam2 nak di fikir hingga terbawa2 dalam mimpi. Bercerita pasal mimpi, semalam mimpi lagi pasal nak tukar kerja ni,selagi tak selesai, selagi itu fikiran berputar. Harapnya dapatlah selesaikan dengan cepat dan mengikut apa yang di impikan. InsyaAllah............
Sunday, 19 April 2009
I am back
somehow I decided to start again on my attempts to start "Blogging" after reading some interesting blogs....finishing something i created in 2007...hahaha....that's me, suka buat keje tak sudah....kekeke...maybe tahun ni lain kot.Azam baru la tu. Sekarang kan dah ada 'Afif tembam, so kena la sistematik sikit. kannnnnnnnn?




