Tuesday, 26 May 2009

My Besday Wishlist

Alamak besday nak tiba lagi.......maknanya umur makin meningkat,tp persediaan menigkat tak?hmmmmmmm.......... kena pertingkatkan lagi usaha.......hari2 mesti cuba tambah 1 perkara baru dalam hidup samaada untuk dunia atau untuk akhirat,InsyaAllah.
So tahun ni nak apa yer? selalunya mintak kat mak n adik beradik saje hehehe...... tahun ini saya nak berangan dapat :-

1. Jam baru - sbb satu2nya jam Guesse yg dpt present dri hubby 4 thn lepas dah hancus tak blh di baiki huhuhu...... dah 5bulan tak pakai jam,macam togel pulak tangan ni.beli jam RM10 kat tesco tp gatal2 habis tangan nih....hehehe biasala tu, mmg alergic getah. Teringat kat jam kucing warna pink kat kedai jam kat subang parade tu.Masa pegi beli jam hantaran Az, time mengandung 'Afif dulu dah belek2, hubby nak belikan tp "ish,membazir je la, jam elok lagi"....tup tup selepas beberapa minggu jam yg di pakai pun rosak, padan muka sendiri kekeke.....tp mahal harga RM350........berangan je la...

2. Spectacle baru - spec yg pakai ni dah umur 5thn, dah calar balar n senget menget.....cina kedai tu gelak kan aje, sbb asyik g kedai dia betulkan......tp biasa la, spec baru mahal kos dlm Rm300........kalau dpt sunglass pun ok gak sbb tak pernah ada sunglass,leh matching dgn kete baru kan?kan?kan?

3.seluar jeans - teringin nak merasa pakai seluor jeans branded......tak pernah beli,dok beli brand kat giant jer n sekarang dah tak muat sbb longgar......yes bukan ketat tapi longgar benor.....haritu beli sehelai kat reject shop, tp longgar jugak....ish ish ish.......mmg nak kena g beli baju n seluar baru sbb sume dah longgar....cuma tang *tut* je makin besor hahahaha......

4. nak makan fresh oyster n lamb chop n bbq prawns - hmmmmmm sdpnya teringin nak makan,masa mangandung tak teringin apa2 lak.......dah ada 'Afif lak teringin itu ini......leh pakai ke excuse ni?hehe tp takpe sbb bert makin turunnnnnnnnn ........so no hal la nak mkn apa pun.....

5.nak g jenjalan - sepatutnya celebrate besday kat Perth tp nampak gayanya mcm tak jadi jer....huhuhu........ jln2 g OU atau midvalley pun jadi la..........last pegi masa mengandung, itu pun sekali jer......... hubby ku tak suka jenjalan saje2 cuci mata.......jom la abg round2,exercise tau.......bukan nak shopping pun......

tu je la kot yg teringin tuk besday........tapi mcm biasa besday celebrate sendiri jer, lain la kalau ada kat jb,family mesti buatkan surprise besday party atau g makan2 celebrate........rindu la suasana tu......kat sini,tahun ni dpt kek pun dah Alhamdulillah.....nnti 'Afif besar boleh la belikan Mi dia besday kek........n mother's day cake........

angan2 tetap angan2........kalau ada duit lebih dpt la nnti beli sendiri semuanya,tak suka mintak2 org, sbb semua nya tu bukan keperluan tp satu impian.........

Thursday, 14 May 2009

Passport 'Afif dah siap


Passport dah siap, 'Afif nak gi maner tu? Mi n Yayah nak bawak 'Afif g jenjalan jap so Yayah boleh hilangkan tension.Sambil kena wat keje jugak.....tapi jadik ke tak jadik ni? selagi tiket kapalterbang lum ada dalam tangan, berangan je la dulu yer.... apa-apa pun standby ..... on your mark...get set...... GO!

Tuesday, 12 May 2009

Langit ku mendung Awan kelabu

Ku sangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengahari......... namun segalanya adalah ketentuan dari Ilahi semata.Kita hanya merancang perjalanan hidup kita,namun yang menentukannya adalah Allah swt. Setiap dugaan yang diberikan adalah merupakan satu hadiah kerana sekiranya kita berjaya melepasinya, InsyaAllah akan ada ganjaran yang menanti kita.Namun berapa ramaikah di antara kita yang bersyukur apabila menerima dugaan?Kita sering mengeluh walaupun dugaan yang melanda teramat kecil.

Ya Allah Ya Tuhan ku,berikanlah hamba mu ini petunjuk dan hidayah untuk melalui dugaan mu ini. Berilah kami kekuatan. Berilah kami keupayaan. Semoga kami dapat melalui nya dengan penuh keimanan dan akhirnya dapat menjadi hamba mu yang di berkati dan di rahmati. Sesungguhya dunia ini hanyalah sementara. Izinkan lah kami mendapat keredhaan Mu supaya kami dapat tinggal di Syurga Firdausi bersama2 anak2 kami Sufiyyah dan Qawiyyah kelak.

Monday, 11 May 2009

Hari Ibu.........


ni 2 org budak botak - Baby Iman n Baby 'Afif yg tido tak bergerak2 sepanjang dinner hari ibu.....tengokla tahun depan sambutan hari Ibu,budak 2 org ni pasti yg paling kecoh berlari2 hehehe
Ni pulak Kakak Jeemah posing dgn kek hari Ibu - Babah beli 3 kek - Lemon Walnut, Tiramisu n choc fudge dari Secret Recipe....nyamnyam....menu utama masak sendiri Chicken Fajitas n fries - lupa pulak nak amik gambar....termasin sket ayamnya sbb kelam kabut masak dah maghrib baru mula.

So, mak dapat present Brooch butterfly warna purple. Kita pun dapat jgk present ,tp belikan tuk diri sendiri la, brooch harga RM10....jadik la tu.

Nanti bila 'Afif dah besar leh buat kan Mi, kad selamat hari Ibu besar2 yer sayang...........

Tuesday, 5 May 2009

'Afif dah 3 bulan

sekejap je dah besar 'Afif ni....dah pandai senyum, borak2 , gelak2 n marah2 jgk.....tp Alhamdulillah takde byk ragamnya.kalau nangis pun sekejap je,kasi nenen senyap la dia tu.kadang2 bila "afif tido, perati muka dia, macam tak percaya je dah ada anak sendiri.

Pelbagai dugaan sepanjang 9 thn berkahwin , baru Tuhan kurniakan anugerah yg tak terhingga ni.Syukur banyak2.Ada ramai lagi org yg menunggu saat macam ni. Ada jgk org sampai meninggal pun tak dpt zuriat sendiri.

Jadilah anak yg soleh 'Afif sayang ye,taat kepada perintah Allah swt, hormat ibubapa,bijak dan senyum selalu............ Mama Ummi n Yayah sayang sgt pada 'Afif comel montel ni...muahssss