Tuesday, 12 May 2009

Langit ku mendung Awan kelabu

Ku sangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengahari......... namun segalanya adalah ketentuan dari Ilahi semata.Kita hanya merancang perjalanan hidup kita,namun yang menentukannya adalah Allah swt. Setiap dugaan yang diberikan adalah merupakan satu hadiah kerana sekiranya kita berjaya melepasinya, InsyaAllah akan ada ganjaran yang menanti kita.Namun berapa ramaikah di antara kita yang bersyukur apabila menerima dugaan?Kita sering mengeluh walaupun dugaan yang melanda teramat kecil.

Ya Allah Ya Tuhan ku,berikanlah hamba mu ini petunjuk dan hidayah untuk melalui dugaan mu ini. Berilah kami kekuatan. Berilah kami keupayaan. Semoga kami dapat melalui nya dengan penuh keimanan dan akhirnya dapat menjadi hamba mu yang di berkati dan di rahmati. Sesungguhya dunia ini hanyalah sementara. Izinkan lah kami mendapat keredhaan Mu supaya kami dapat tinggal di Syurga Firdausi bersama2 anak2 kami Sufiyyah dan Qawiyyah kelak.

1 comments:

mamataya said...

apakah maksud puisi ini?

semoga awan kelabu itu akan bertukar menjadi biru...........

amin..