Wednesday, 24 June 2009

Perginya seorang Lagenda.....

Permergian ayahanda di hening subuh tanggal 18hb Jun 2009 adalah tidak disangka-sangka. Pada malamnya Ayah seperti biasa, bermain2 dengan 'Afif dan sempat juga ku suapkan nasi beryani ke mulut ayah. Suapan terakhir yang masih terbayang2 di mata kerana ayah memegang tangan ku seolah2 tidak hendak melepaskannya. Sama seperti minggu yg sebelumnya ketika di rumah, apabila bersalam hendak pulang, ayah memegang tanganku sehingga sakit rasanya sambil menatap sayu....memang telah terdetik di hati bahawa masa Ayah sudah tidak lama namun tiada apa yang dapat mengurangkan rasa terkejut....

Dalam masa sebulan bersama2 ayah ke sana kemari, menjaga pada malam hari beramai2 namun takdirnya ayah pergi dalam diam berseorangan di dalam tidur. Ketika terjaga jam 5 pagi ayah kelihatan tenang tidur di samping Ija, tidak terdetik di hati untuk memeriksa keadaan ayah, suasana dalam bilik bergitu sepi,sunyi .....tiada apa yg berdetik.....lalu ku terlelap semula, sehingga terkejut mendengar jeritan Ija....namun apakan daya, Tuhan yang menentukan segalanya....

Perginya Ayah seperti perginya seorang Lagenda kerana banyak perkara yg telah ditinggalkan nya kepada keluarga,adik beradik, kawan2.......Legend in its own way.......tak ada pengganti......

Ayah, ana doakan ayah aman damai di "sana", tidur dgn nyenyak sehingga kita bertemu di syurga nanti, semoga Sufiy dan Qawiy dapat berjumpa dgn atoknya dan menemani atok sementara di 'sana'.Amin. Al-Fatihah.

Sunday, 7 June 2009

Selamat Hari Jadi Mama Ummi

Alhamdulillah, umur masih panjang dan terkini telah di anugerahkan anak yang comel,montel dan cerdik. Apalagi yang nak di minta? Kita ni sebagai manusia selalu meminta tetapi kita membalasnya ke tidak? Tu lah kekadang terfikir, macam2 benda kita nak tp buat ibadatnya cukup2 makan je, masyaAllah.... peringatan pada diri sendiri, umur makin meningkat bukan untuk bersuka2 sahaja yer.......

So tahun ni terpaksa celebrate dalam hutan di Ladang Nasuha Pagoh. Apa nak di buat. Mula2 ingat mmg sah la takde org kisah pasal harijadi kita sbb sumer sebok layan atok kat hosp....tp mak, ara, adik n awisy bersusah payah datang dari trganu dan membelok ke pagoh semata2 nak jumpa, so terubat la jugak. n then tetiba masa nak makan mlm ada lak yg kuarkan kek coklat....huhuhu, terharu jugak, ada org ingat...tenkiu adik ija.......walaupun kek coklat bukan kesukaan ku, tp bedal la jugak mlm tu sikit hehehe....

so mak n adik2 kongsi belikan kain sutera kat trganu, cantiknya dan mahal lak tu...kalau tau diaorg nak beli sumthing mahal, dah suruh belikan jam...... huhuhu...jam tangan takde bayangan lagi nampaknya........takpela.......berangan lagi je la........

So bila besday mak g makan kat TGI dapat la rasa celebrate besday sekali lagi. Dapat makan lamb chop yg teringat nak makan aritu,sedapnya. Pastu bila mak dapat present, kita pun dapat gak dari Acik Taya, Kokde n Azie....CD love songs........hehehe....macam tau je kita mmg suka lagu klasik macam tu......tp kita mmg tak suka beli cd, dgr kat sinar FM je......so apalagi, kereta berjalan , CD pun on la......

Masa pegi cari mak punya besday present, lalu la kat kedai jam,sempat la g jeling jap kat jam tangan kucing tu......hmmmmmmmm.......berangan lagi.........nak beli sendiri macam tak sanggup nak kuarkan duit RM350 semata nak beli jam, sebab ekonomi pun tak elok sangat.....pendam lagi..............

So mama ummi dah 35thn , 'Afif pun dah tumpang celebrate umur 4bulan....cepat masa berlalu, pejam celik nnti 'Afif dah pandai jalan kot? ke ada adik dulu?hahahahaha......