Wednesday, 24 June 2009

Perginya seorang Lagenda.....

Permergian ayahanda di hening subuh tanggal 18hb Jun 2009 adalah tidak disangka-sangka. Pada malamnya Ayah seperti biasa, bermain2 dengan 'Afif dan sempat juga ku suapkan nasi beryani ke mulut ayah. Suapan terakhir yang masih terbayang2 di mata kerana ayah memegang tangan ku seolah2 tidak hendak melepaskannya. Sama seperti minggu yg sebelumnya ketika di rumah, apabila bersalam hendak pulang, ayah memegang tanganku sehingga sakit rasanya sambil menatap sayu....memang telah terdetik di hati bahawa masa Ayah sudah tidak lama namun tiada apa yang dapat mengurangkan rasa terkejut....

Dalam masa sebulan bersama2 ayah ke sana kemari, menjaga pada malam hari beramai2 namun takdirnya ayah pergi dalam diam berseorangan di dalam tidur. Ketika terjaga jam 5 pagi ayah kelihatan tenang tidur di samping Ija, tidak terdetik di hati untuk memeriksa keadaan ayah, suasana dalam bilik bergitu sepi,sunyi .....tiada apa yg berdetik.....lalu ku terlelap semula, sehingga terkejut mendengar jeritan Ija....namun apakan daya, Tuhan yang menentukan segalanya....

Perginya Ayah seperti perginya seorang Lagenda kerana banyak perkara yg telah ditinggalkan nya kepada keluarga,adik beradik, kawan2.......Legend in its own way.......tak ada pengganti......

Ayah, ana doakan ayah aman damai di "sana", tidur dgn nyenyak sehingga kita bertemu di syurga nanti, semoga Sufiy dan Qawiy dapat berjumpa dgn atoknya dan menemani atok sementara di 'sana'.Amin. Al-Fatihah.

0 comments: